Posts

Showing posts with the label taso baja ringan kuda kuda baja ringan

batang kuda

Image
batang kuda Kalau diikutkan hatinya pada ketika itu, mahu sahaja rasanya Johari menampar mulut isteri tuan punya ladang itu. Ada-ada sahaja yang tidak kena dimatanya. Apa sahaja kerja yang Johari lakukan di ladang pisang dan ternakan haiwan itu sepertinya tidak ada yang betul. Walaupun Johari telah melakukan yang terbaik, Puan Hasnah, si isteri tuan punya ladang itu tetap tidak puas hati. Kelmarin Johari telah dimaki hamun wanita itu kerana tidak mengangkat guni-guni baja ke dalam stor padahal Johari sendiri tidak tahu apa-apa tentang penghantaran baja-baja itu. Dia sedang membaiki parit air di tepi ladang ketika Taukeh Ah Beng datang menghantar bekalan baja itu. Apabila dia kembali ke pondok rehat di tengah-tengah ladang itu, Puan Hasnah sudah ada di situ, sedia dengan maki hamunnya. Walaupun dimaki hamun, Johari tetap bersabar. Dia tidak mahu melakukan apa sahaja yang boleh membuatkan dia dihalau dari ladang itu. Dia memerlukan kerja itu. Jika dia dihalau, kemana lagi dia hendak perg...