Jefri dan ibunya
Jefri dan ibunya Saat-saat getir yang dialami oleh Jefri dan Halimaton turut dirasai oleh seluruh sanak saudara mereka. Kaum keluarga mereka cuba menghulurkan bantuan sekadar termampu. Walaupun begitu, setelah masa merangkak berlalu, Halimaton dan Jefri terpaksa menghadapi realiti. Selepas kejadian itu kehidupan mereka berubah dari hari-hari yang pernah mereka tempuhi bersama Azhar. Emak Jefri, Halimaton terpaksa membuka warung menjual makanan untuk menampung hidup mereka. Selain Jefri, Halimaton terpaksa menyara Safiza anak ketiganya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Dua orang lagi anaknya iaitu Aina baru sahaja bertugas sebagai guru sekolah di Kuala Terengganu sementara Zahir iaitu anak yang sulung sudah pun berkahwin dan menetap di Pulau Pinang kerana bekerja di sebuah kilang di sana. Warung makanan yang diusahakan hanya di sebelah pagi oleh Halimaton dengan dibantu oleh Jefri dapat menampung kehidupan sederhana mereka di kampung yang terpencil itu. Set...