Posts

Showing posts with the label sakit tumit kaki kiri.suhaina yahya

CIKGU LIZA

 CIKGU LIZA    Aku teringat akan kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu, ketika aku masih lagi di alam persekolahan. Kisah yang bakal aku ceritakan ini mendatangkan kesan yang mendalam terhadap aku, terhadap kehidupanku. Semasa berada di tingkatan 5 di salah sebuah sekolah di Malaysia ini, aku terkenal dengan sifat seorang yang pemalu dan takut terhadap perempuan. Ketakutanku itu bukan kerana takut macam orang nampak hantu, cuma tiada kekuatan dalam diri untuk aku berhadapan dan bergaul dengan mereka. Walau bagaimanapun, aku seorang yang happy go lucky, suka bersenda gurau. Sekolah aku tu pulak, sekolah lelaki. Semua pelajarnya lelaki, perempuan yang ada hanyalah cikgu aje. Jadi, tambah-tambahlah "ketakutan" aku pada kaum hawa itu. Walaupun aku "takut" terhadap perempuan, keinginan aku untuk bergaul dengan mereka amat tinggi. Aku sering berangan ada awek, dan cemburu melihatkan rakan-rakanku yang ada awek dan sering keluar bersama awek mereka. Aku juga ada tabiat yan...