Doktor Sakit Puan
Doktor Sakit Puan Setelah hampir tiga tahun berkahwin, Halim dan Hassnah tidak dikurniakan cahayamata. Hati mana yang tidak kecewa kerana zuriat merupakan penghibur kepada setiap pasangan yang berumahtangga. "Kau try ler pergi kat Klinik Keluarga Kita" Ujur Rohaya kepada Hassnah rakan karibnya sejak sekian lama. Hassanah hanya membisu sambil menuangkan secangkir minuman kepada Rohaya. "Aku dulu susah juga nak mengandung... tapi pergi kat sana, dah ngandung dah..." Ujur Rohaya lagi sambil matanya melihat gelagat Hassnah. "Nanti abang Halim balik aku cakap kat dia" Hassana membetulkan kainnya yang sedikit terlibat sewaktu duduk diatas sofa empuk kepunyaannya. Entah mengapa sejak Rohaya mencadangkan ke Klinik Keluarga Kita, hati Hassnah bagaikan melonjak-lonjak tidak sabar untuk bertemu pakar sakit puan untuk meleraikan masalah yang dihadapinya. Hari Sabtu Halim tidak bekerja, mereka bersetuju untuk ke kelinik tersebut untuk mengajukan masalah yang mereka ha...